actually, aku xtau camne mo memulakan entry kali ni. mungkin boleh aku katakan entry kali ni lebih kepada apa yang aku rasakan. maaf pada insan-insan yang merasakan entry aku kali ni, mungkin ada terkena dengan kehidupan korang semua. apa yang taip kali ni adalah apa yang terjadi sepanjang pada aku dalam seminggu ni. means, dari pembacaan, pendengaran dan apa yang aku alami sendiri. mungkin ada sebahagian nya aku 'cedok' dari perbualan dengan rakan-rakan (maaf kan aku ya?)
akhir-akhir ini jika kita perasan, semakin ramai orang lebih mudah melahirkan ketidakpuasan hati mereka dalam blog, atau mana-mana 'ruangan maya' yang boleh mereka kongsikan bersama 'rasa hati' mereka itu? contoh yang terdekat kali ni aku ambil blog dan FB (coz yang dua ni je aku aktif..hik3) kenapa ya? pernahkan kita fikir mengapa keadaan sering terjadi? biar pun perkara yang terjadi itu adalah sekecil-kecil keadaan, namun kita akan kongsikan bersama dengan orang lain (means, kawan-kawan yang follow & view site kita)
ya! aku sendiri adalah salah seorang daripada mereka. kadang kala aku tidak puas hati dengan tidur yang tak cukup pun aku kongsikan dengan insan-insan yang drop by kat blog aku (ops, ada ker yang follow blog aku sebenar nyer ni? perasan lebay lak) apa lar sangat pengaruh ayat-ayat aku dalam blog, FB, FS atau tagged tu kan? bukan nyer ramai pun member-member aku yang ada.
aku ada terbaca satu ayat ni, kenapa kita tidak menggunakan saluran yang betul untuk melahirkan ketidakpuasan kita itu. cuba korang semua pikir sendiri ya? andaikan aku tidak puas hati dengan suatu perkara ini. selepas itu aku dinasihatkan supaya membuat aduan. bila dah buat aduan, sudah semestinya kena isi borang itu, borang ini dan macam-macam jenis borang. lepas tu apa jadi dengan borang yang aku buat tu? simpan dalam fail, sumber rujukan mereka untuk hal-hal yang akan datang,bukti akan adanya aduan dari pelanggan?... hallu? maaf aku katakan, bagi aku semua tu terlalu memanjangkan cerita. tapi penyelesaian tetap tiada!! bukankah merugikan masa aku jer? (maaf, itu pendapat aku ya. pada yang kurang berpuas hati, berikan komen anda, mungkin korang boleh betulkan apa yang aku utarakan ni)
pada pendapat aku, walaupun perkara yang kita kurang berpuas hati itu tidak direkodkan, namun sekurang-kurang nya kita telah melepaskan apa yang terbuku di dalam diri ni kan? (ada orang berpesan, elok dilepaskan apa yang terbuku di jiwa. x elok disimpan). erm, macam mana tu ye? aku akui, caranya seperti tidak berapa betul.. namun itulah jalan yang semakin ramai orang di luar sana nampak kan?
ok lar semua.. dah semakin lewat ni. ada masa aku membebel lagi kat sini ek! aku ni pun menaip atas tahap kerajinan dan idea juga. ada kalanya, mulut aku yang berkata tanpa henti. tapi bila jari-jari aku yang lebih aktif, mulut menjadi pasif. ahaks ;D
[sekali lagi ku mohon maaf pada insan-insan yang merasakan ayat-ayat aku kurang menyenangkan mata insan-insan yang membaca nya]
Removing Doubts About Anwar’s Islamic Image
1 hour ago




0 comments:
Post a Comment