time: awal pagi
rasanya semua dah tau yang UPSI ditutup til 07 Ogos 2009 kan? cz kalau x silap pada hari tersebut dah kuar latest news kat dalam berita harian online. erm, aku pun bukan arif sangat mo story mori apa yang terjadi. tapi disebabkan inilah tempat aku cari makan, so aku share ngan korang pe yang terjadi ek!
awal pagi rabu tu, lebih kurang dalam kul 07:++ pagi aku trima col. "aik, sapa plak yang col pagi2 ni?" bila aku view number x kenal pun. "cik norzalida ada ker?". amboih.. full name aku tu. ahaks ;p opismate aku rupe nyer. aku de simpan no dia yang 017 tapi yang 019 ni xde lar aku save. nak pekena aku lar pagi2 tu agak nyer. "UPSI keje ker pagi ni?".. "eh, keje lar. napa awak tanya cmtu?" "malam tadi ada announce kat kolej ni UPSI tutup coz H1N1".. "hah!.. biar betul? jap akak col member. nanti akak col awak balik ek!"
tang cuti ni, laju jer aku. so, bek roger member2 yang tau kan. disebabkan aku blom siap mo ke opis, better col untuk kepastian rite? "assalammualaikum na" "waalaikumsalam, ye ieda" "sowi na, kacau pagi2 ni" "xper ieda, ada apa?" "eh, kita cuti ke ri ni? cz kawan ieda col de announcement kt KHAR upsi tutup coz H1N1" "owh, yang tu upsi memang ada kes. tapi dato VC & pendaftar belum kuar pe2 lagi. so, kita keje cam biasa"
lepas tu aku terus roger opismate aku tuk maklumkan kena gi keje gak. sampai je main gate upsi aku tgk guard semua dah gune mask. then, student mmg diaorg x benarkan masuk upsi. erm, cm serius jer. tapi apsal staf x cuti ek! kalau x silap aku time tu dalam YM, macam2 status ada.. 'H1N1 ada diskriminasi student & staf' 'student cuti, tapi staf?' ahaks ;p macam2 lagi lar. everybody keep asking bout others IPT yang cuti coz H1N1 ni. "eh, staf diaorg pun cuti ker?".
then, petang tu dengan rasmi nyer salah seorang ketua penyelidik kawan aku maklumkan "staf WAJIB cuti!!" semua duk packing barang habiskan keje kat rumah. kepastian nyer aku view email bos aku (dengan izin bos ek!)..
Assalamualaikum....
Dengan hormatnya merujuk perkara diatas.
Seperti yang sedia maklum, UPSI akan mula ditutup pada 30/07/2009 hingga 05/08/2009. Sehubungan itu, mohon kerjasama Y. Bhg. Prof, Dato', Dr, Tuan dan Puan memastikan pintu - pintu pejabat, bilik - bilik pensyarah dan makmal dikunci dengan rapi.
Sepanjang cuti ini, keluar masuk dalam kampus hanya melalui pintu utama sahaja.
Harap maklum.
Sekian, terima kasih.
itulah email yang mengesahkan lagi cuti kami. so, student akan memulakan kuliah pada 10hb & staf pula start keje 06hb. best ker cuti ni? ni nama nyer self quarantine. pandai2 sendiri mo jaga kesihatan ek!
ops, luper lak.. tengahari tadi (30 july 2009), aku ada gi ke opis jap. amik surat yang mo dibagi pada bos aku. risau jugak x dapat masuk opis. nasib bek lepas. ya ampun.. 1st time aku masuk upsi cam dilanggar garuda rasa nya. coz xde umat & sunyi sepi jer. yang ada insan2 yang sedang mem"cuci" bangunan2 UPSI. time nak nek opis de yang tegur "eh, ni nk kemana?" "gi opis jap, amik barang" "fakulti mana?" "bilik pembantu penyelidik" "sepatutnye x boleh masuk ni & kena pakai mask. nanti dah keluar terus cuci tangan." yup, itulah kesilapan aku & nana buat. coz kami nek x gune mask. dalam keta ada jer. tapi x gune pun. ieda..ieda..
okies lar.. mata aku dh berat lak ni.. nanti aku story len ek!.. now dah 12:10pm.. mata aku berat ngadap laptop ni jer.. aku mo layan tv plak.. ahaks ;p c ya.. da..





