CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Sunday, December 20, 2009

F.E.N.A.T!!!

aku sangat penat!!
itu yang dapat aku katakan.
tersangat-sangat lah penat..
wanna noe why?..
next blog aku story ek!
di saat ini, aku ingin tidur..
da...

Wednesday, December 16, 2009

salam maal hijrah - 1431H -

Salam Maal Hijrah (01 Muharram 1431H) buat semua yang kukenali.

Moga kita lebih matang dalam membuat keputusan &
merencana perjalanan kehidupan yang akan datang.


Firman Allah S.W.T,
” Sesungguhnya Allah tidak akan merubah nasub sesuatu kaum, sehingga mereka mengubah keadaan yg ada pada diri mereka sendiri. Dan apabila Allah menghendaki keburukan terhadap sesuatu kaum, maka tidak ada yg dapat menolaknya, dan sekali-kali tidak ada pelindung bagi mereka selain DIA” .. (Surah Al-Ra’du, 11).

Saturday, December 12, 2009

salah siapa

actually, aku xtau camne mo memulakan entry kali ni. mungkin boleh aku katakan entry kali ni lebih kepada apa yang aku rasakan. maaf pada insan-insan yang merasakan entry aku kali ni, mungkin ada terkena dengan kehidupan korang semua. apa yang taip kali ni adalah apa yang terjadi sepanjang pada aku dalam seminggu ni. means, dari pembacaan, pendengaran dan apa yang aku alami sendiri. mungkin ada sebahagian nya aku 'cedok' dari perbualan dengan rakan-rakan (maaf kan aku ya?)

akhir-akhir ini jika kita perasan, semakin ramai orang lebih mudah melahirkan ketidakpuasan hati mereka dalam blog, atau mana-mana 'ruangan maya' yang boleh mereka kongsikan bersama 'rasa hati' mereka itu? contoh yang terdekat kali ni aku ambil blog dan FB (coz yang dua ni je aku aktif..hik3) kenapa ya? pernahkan kita fikir mengapa keadaan sering terjadi? biar pun perkara yang terjadi itu adalah sekecil-kecil keadaan, namun kita akan kongsikan bersama dengan orang lain (means, kawan-kawan yang follow & view site kita)

ya! aku sendiri adalah salah seorang daripada mereka. kadang kala aku tidak puas hati dengan tidur yang tak cukup pun aku kongsikan dengan insan-insan yang drop by kat blog aku (ops, ada ker yang follow blog aku sebenar nyer ni? perasan lebay lak) apa lar sangat pengaruh ayat-ayat aku dalam blog, FB, FS atau tagged tu kan? bukan nyer ramai pun member-member aku yang ada.

aku ada terbaca satu ayat ni, kenapa kita tidak menggunakan saluran yang betul untuk melahirkan ketidakpuasan kita itu. cuba korang semua pikir sendiri ya? andaikan aku tidak puas hati dengan suatu perkara ini. selepas itu aku dinasihatkan supaya membuat aduan. bila dah buat aduan, sudah semestinya kena isi borang itu, borang ini dan macam-macam jenis borang. lepas tu apa jadi dengan borang yang aku buat tu? simpan dalam fail, sumber rujukan mereka untuk hal-hal yang akan datang,bukti akan adanya aduan dari pelanggan?... hallu? maaf aku katakan, bagi aku semua tu terlalu memanjangkan cerita. tapi penyelesaian tetap tiada!! bukankah merugikan masa aku jer? (maaf, itu pendapat aku ya. pada yang kurang berpuas hati, berikan komen anda, mungkin korang boleh betulkan apa yang aku utarakan ni)

pada pendapat aku, walaupun perkara yang kita kurang berpuas hati itu tidak direkodkan, namun sekurang-kurang nya kita telah melepaskan apa yang terbuku di dalam diri ni kan? (ada orang berpesan, elok dilepaskan apa yang terbuku di jiwa. x elok disimpan). erm, macam mana tu ye? aku akui, caranya seperti tidak berapa betul.. namun itulah jalan yang semakin ramai orang di luar sana nampak kan?

ok lar semua.. dah semakin lewat ni. ada masa aku membebel lagi kat sini ek! aku ni pun menaip atas tahap kerajinan dan idea juga. ada kalanya, mulut aku yang berkata tanpa henti. tapi bila jari-jari aku yang lebih aktif, mulut menjadi pasif. ahaks ;D
[sekali lagi ku mohon maaf pada insan-insan yang merasakan ayat-ayat aku kurang menyenangkan mata insan-insan yang membaca nya]

Sunday, December 6, 2009

xtvt for today

actually, aku xtau mo tulis apa untuk post kali ni.
disebabkan ada masa jap sebelum aku gerak,
so drop jap kat blog aku ni.
pagi ni bz layan facebook jer.
then layan farm jap. (dah semakin ramai member2 aku yg addict ngan fv ni)

lepas ni get ready mo kuar.
destinasi?
dalam plan maybe jalan TAR. but not sure..
then maybe gi uptown (depend pada keadaan & masa)
uptown ne? yg tu blom konpem lagi.
malam sikit baru amik adik aku kat KD.
cz dia cuti 2 ari. sok mo test baju katanya.

dats all for now, aku sakit peyut.. (ahaks..)

Thursday, December 3, 2009

wargh.....

adakah anda tahu apakah itu fail?
sukakah anda pada fail itu?
tapi bagaimana pula dengan 'sistem fail'?
warghhhh...
inilah yang boleh bikin kapla aku serabut.
adess.. nak tak nak, aku kena buat gak.
either like it or not!!!

bermulalah saatku bercinta dengan fail-fail bertaburan ni. uhuk


Sunday, November 29, 2009

aidiladha kembali (1430H)

erm, kali ni aku just nk try post aksi-aksi yang sempat aku rakam sewaktu majlis qurban kt "masjid raja musa II, behrang stesen" a.k.a masjid kat depan rumah aku tu. actually, tahun ni adik beradik mak aku de wat qurban. diaorang tumbangkan seekor lembu. so, raya kali ni semua adik beradik mak aku berkumpul kat rumah. memandangkan kami duk rumah pusaka & mak aku gak merupakan anak perempuan sulung.. so, semua berkumpul kat rumah yang sudah agak usang ni. kui..kui..kui..
dalam picture ni adik2 ku, makcik2 ku, cousin & kwn caya.
yang ni anjang. adik kepada mak aku
yang duk view kamera tu pakcik aku yang bongsu. kami panggil dia ucu.
kusyuk je yang ke' & kawan2 nyer baca list name org kampung tuk edarkan daging qurban. kusyuk ker?
wit my buddy click. member aku dari sekolah tadika lagi.
sowi, aku dah try banyak kali upload video2 yang aku rakam. tapi still x lepas-lepas gak. so aku upload picture-picture je lar ek!




Thursday, November 26, 2009

salam aidiladha


erm, sudah agak lama aku tak post something kat blog ni. agak busy dengan facebook. ahaks ;D and the worse part is, i'm become more addict wit few game at fb. (kronik kan?) tapi itulah hakikat nyer. jangan mare yea korang. buat niatku nak lupa kan blog ni, tapi lepas je tenet kat rumah tu having problem, aku semakin lupa mo view blog. kalu kat opis, nak menaip something kat blog, idea x berapa mari plak!
well, kebetulan hari ni aku cam xde buat apa2 yang penting kat opis (sebenar nyer mud cuti + mud kemalasan melanda). lagi pun keje dah setel, so luangkan masa layan blog. nanti xde masa (ye ke xde masa? teettt..)
okies lar, di kesempatan ini aku nak ucapkan salam aidiladha pada semua. kad atas nun aku copy dari mana ntah! sowi aku amik without keizinan. kui..kui..kui..